Tuesday, March 4, 2008

Antara PAS dan Manchester...

4 tahun dulu, masa kempen pilihanraya ke-11 tengah hangat membahang, aku berhenti beli dan baca surat khabar selama seminggu. Hari-hari asyik mengadap muka Pak Lah setiap page, rasa boring jugak. Masa tu aku belum meranting ke mana-mana parti politik...tapi mungkin lebih condong ke arah PAS, memandangkan ayah aku penyokong PAS. Kampung aku jugak terselit dalam kalangan kubu kuat PAS.

Hari ni, setelah 4 tahun, keadaan yang sama masih berlaku. Tapi sekurang-kurangnya kali ni, aku masih baca surat khabar tiap-tiap hari. Media bertindak umpama senjata medan hadapan kerajaan untuk menyerang pembangkang...terutama sekali orang-orang Melayu yang kronik dirasok PAS.

PAS dari dulu, kini (selamanya?) tetap tak berubah...graf taraf pemikiran masih mendatar, jika tidak menjunam macam cenuram. Islam ke hulu ke hilir, tapi diri sendiri amalkan Islam sekerat-sekerat. Tapi sebagai (kononnya) pendokong Islam sejati, puak-puak ni rasa depa lah yang lebih Islamik dari orang lain. Hebat mempersoalkan keIslaman orang lain, bergaya menjatuhkan hukum pada orang lain.

Kalau kerajaan buat kuil, dikatanya kerajaan kafir...tapi kalau PAS buat kuil, diputarnya pulak PAS mengamalkan kebebasan beragama.

Kalau pemimpin UMNO jatuh sakit, itu sebab Allah nak turunkan balasan atas dosa-dosa silam dia...tapi kalau pemimpin PAS jatuh sakit, tu sebab Allah nak turunkan ujian pada hamba-hamba Nya yang beriman.

Kalau dapat kerja kat Kelantan, tu atas kecekapan kerajaan PAS mewujudkan peluang pekerjaan...tapi kalau dapat kerja kat tempat lain, sebab rezeki Allah ada di mana-mana.

Teringat masa pertengahan 90-an dulu...masa ekonomi Malaysia gawat diserang kejatuhan nilai ringgit. Ada sorang lebai PAS mai dekat Dewan PASTI kampong aku.

Dengan gaya bangga, lebai ni bercerita, malam kelmarin dia ada dengan sorang lebai lain, yang baru selesai berborak dengan George Soros kat telepon. Aku yang dok kat sebelah dia antara nak percaya atau tidak...setengah-setengah...sebab masa tu aku baru tingkatan 1.

Baru kemudian aku sedar, bodoh pulak aku rasa was-was masa tu...patutnya aku terus perasan awal-awal lebai tu penipu. Hebat betul kawan dia...boleh borak dengan George Soros kat telepon.

Tapi kalau betul apa yang lebai tu cita, kena respek kat kawan selebai dia tu...sebab boleh kamcing dengan George Soros. Dulu PAS buat demo bantah kemasukan pasukan kriket yahudi ke Malaysia...tapi ni depa ble kamcing plak dengan sorang yahudi, siap borak dalam telefon lagi...tak ka hebat tu?

Kat kampong aku, jemaah sembahyang fardhu masih diasingkan...kumpulan UMNO sembahyang di masjid, manakala PAS sembahyang jemaah di dewan PASTI. Nasib baik sembahyang Jumaat masih sekali.

PAS tak pernah berdiri atas kekuatan sendiri...sekadar menumpang atas nama Islam, dan mengeksploitasi kelemahan dari UMNO. Kalau di bawak berborak, perkara pertama yang keluar dari bicara puak-puak ni adalah kebobrokan UMNO itu dan ini. Tak percaya? Cuba berbual dengan puak-puak fanatik bodotik ni sekali-sekala.

Kalau tak kena maki carut marut masa berdebat dengan puak-puak ni memang tak sah (kadang2 baru dua saat sebelum tu depa kuar ayat Quran dan Hadis). Terutama sekali di forum-forum internet. Bila golongan kafir terus-terusan cuba menghina Islam, diam pulak puak-puak ni...sebab tak cukup ilmu nak balas. Tapi sesama orang Islam, bukan main hebat lagi jadik jaguh. Itu haram ini haram...itu tak boleh ini tak boleh.

Hampir semua orang tau apa itu Manchester United. Sebuah kelab yang trofinya penuh satu kabinet. Masa sekolah menengah dulu, aku belum ada kelab yang betul-betul aku sokong...sebab secara kasar aku cuma minat bola, bukan satu-satu kelab secara spesifik.

Aku mula minat Liverpool masa zaman aku kat matrik. Masa Owen masih jadi ayam tambatan Liverpool. Tapi walaupun tambatan tu terlepas dan Owen pergi ke Madrid, aku tetap menyokong Liverpool.

Bila orang tanya sebab apa aku tak suka Manchester...aku sendiri pon tak tau sebab apa. Cuma aku tak suka Manchester menang, dan aku jadi happy bila Manchester kalah. Antara tengok Liverpool menang dan Manchester kalah, aku lagi suka kalau tengok Manchester kalah.

Penyokong Manchester semacam ada suatu perasaan megah dalam diri depa...seolah-olah depa lah raja sekalian peminat bola sepak seantero dunia. Depa lah yang paling hebat, paling segak, paling bergaya...

...dan paling bodo piang.

Dalam 2 tahun lepas, aku dengan Amir tengok bola kat bilik TV Tekun. Manchester lawan Arsenal. Suara komentator tu memang kuat dan jelas...sebab volume dah dipasang ke maksimum.

Tapi dalam best tengok game tu, selang sekali sekala (dan kadang-kadang berkali-kala) terdengar suara carutan (terhadap Arsenal) dari belakang tempat duduk aku dengan Amir. Segala makian dan lucahan yang ada dan yang tidak ada dalam kamus Melayu Dewan terkeluar...volume TV yang maksimum tu pon boleh kalah.

Tak lain dan tak bukan datangnya dari fanatik merangkap bodotik Manchester.

Ada sekali, dekat bilik TV Restu, aku dan beberapa orang kawan dah sehati sekata untuk tengok game Liverpool. Tiba-tiba datang sorang makhluk Manchester suruh tukar siaran. Dengan penuh yakin dia cakap kat sorang kawan dia kat depan TV tu -

"Bukak la Man U. Ko tak tau ke semua orang nak tengok Man U kat sini ?"

Hotak dia. Kat situ dah berkampong geng Liverpool dari pukul 8 lagi. Tiba-tiba mai terus perasan semua nak tengok Manchester. Rasa nak baling selipar pun ada, nasib baik selipar semua kat luar.

Bodotik Manchester bukan main lagi perlekeh penyokong Liverpool sebab jersi Liverpool ada lambang Carlsberg ceriteranya. Siap persoalkan lagi mana dia sensitiviti kita sebagai orang Muslim? (nasib baik depa tak jatuh hukum kafir kat aku). Depa ni jugak perlekeh Chelsea sebab Roman Abramovich tu yahudi kaedahnya.

Tapi bila Malcolm Glazer ambik alih Manchester, sunyi sepi plak puak-puak tiga suku nih. Yang bersuara pulak, kisahnya -

"Dia cuma ambil alih...bukan nak sebar dakyah Yahudi pon"

Pulakk dahh. Bila kena diri sendiri, pandai pulak putar belit. Sebijik perangai puaka-puaka PAS.

Tapi ada jugak penyokong-penyokong Manchester yang waras. Yang hobinya bukan mencarut team-team lain (Liverpool, Chelsea dan Arsenal). Takkan jatuh taraf sebagai peminat Manchester kalau tak kutuk team-team ni. Dan takkan jugak naik taraf sebagai peminat sejati Manchester kalau asik carut team lain sana sini.

Fisal, penyokong kuat Manchester (walaupun selalu kalah lawan Fifa) masih mengekalkan kewarasannya. Beghiee pon tergolong dalam peminat Manchester yang ok. Faisal dan Ipin pulak termasuk dalam kalangan penyokong PAS yang rasional dan tidak terpengaruh dengan bodotik PAS yang tahap intelek mencecah nilai sifar (kalau tak negatif)

Mungkin tidak sepatutnya hanya kerana segelintir kalangan penyokong PAS dan Manchester yang tak berapa betul, aku terus kelompokkan semua yang lain sebagai serupa. Tapi masih, disebabkan segelintir golongan ini, yang lain turut terasa tempiasnya.

Memetik kata-kata bekas ketua hakim Malaysia, "saya bukan benci dia, cuma tak suka...", aku jugak "bukan benci, cuma tak berapa nak suka PAS dan Manchester..." ...disebabkan segelintir penyokong-penyokong yang mengarot tanpa arah tujuan nih.

Bodotik PAS dan Manchester...tidak sama dan tidak serupa...tapi dari segi kerendahan skala kepintaran dan teknik memaki lawan, sama dan serupa sahaja...~